ANUGERAH AKADEMIK PIS
Anugerah Akademik PIS (AAPIS) adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung warga kerja PIS yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para pensyarah dan staf sokongan yang berkhidmat di Politeknik Ibrahim Sultan yang telah memberi sumbangan dalam bidang pengajaran, penemuan dan perkongsian ilmu, penerbitan ilmiah dan kreatif serta pemindahan dan pengembangan ilmu pada peringkat kebangsaan dan global serta bersifat multifungsional dan multiorganisasional.
Info Umum
-
AAPIS adalah anugerah berdasarkan hadiah/pengiktirafan yang telah dicapai dengan memilih yang terbaik dari yang terbaik di dalam bidang masing-masing.
-
Penilaian bagi setiap kategori dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih yang dianggotai oleh pengurusan tertinggi PIS dan individu-individu yang dilantik oleh Pengarah PIS
-
Ahli panel pemilih adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, dilantik sebagai individu dan BUKAN mewakili jabatan/unit masing-masing.
-
Proses penilaian untuk mencari calon terbaik di kalangan terbaik (best of the best) dilaksanakan secara profesional tanpa melihat atau memberatkan jabatan/unit masing-masing.
Syarat dan Peraturan Umum
-
Permohonan/pencalonan AAPIS dibuka kepada warga kerja Politeknik Ibrahim Sultan
-
Permohonan bagi semua kategori AAPIS terbuka kepada pensyarah dan staf sokongan yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di Jabatan / Unit di Politeknik Ibrahim Sultan sepanjang 3 tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai
-
Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan
-
Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Politeknik Ibrahim Sultan, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan
-
Keputusan Jawatankuasa Induk AAN adalah muktamad
Kalendar Aktiviti
01 Julai 2024 - 27 Julai 2024
Penghantaran Pencalonan
28-30 Julai 2024
Proses semakan dan penjurian
16 Oktober 2024
Majlis Anugerah Akademia
KATEGORI ANUGERAH (2024)
Anugerah Ikon Sukarelawan
Anugerah Ikon Sukarelawan dianugerahkan kepada PPPT yang banyak memberikan sumbangan dan khidmat bakti untuk memimpin pelajar dalam sukarelawan dan aktif membantu kesejahteraan komuniti melalui perkongsian idea, kemahiran, kepakaran serta tenaga terutamanya dalam bidang TVET. Sumbangan yang diberikan perlulah berimpak tinggi seperti projek komuniti, sosial dan kebajikan masyarakat.
1
Anugerah Ikon Kokurikulum
Anugerah Ikon Kokurikulum dianugerahkan kepada PPPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam aktiviti kokurikulum mencakupi sukan, kelab/persatuan, unit beruniform dan kebudayaan di peringkat tertinggi. Sumbangan yang diberikan adalah menjangkau tugas hakiki seperti pembangunan kokurikulum, kecemerlangan bidang kokurikulum dan penglibatan dengan pihak berkepentingan.
2
Anugerah Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
Anugerah Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) diberikan kepada PPPT yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang PdP dengan pemahaman yang mantap berhubung pendekatan terkini yang digunapakai dalam PdP dan penghasilan kaedah penyampaian yang berimpak tinggi.
4
Anugerah Penyelidikan
Dan Inovasi
Anugerah Penyelidikan dan Inovasi dianugerahkan kepada PPPT yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi dengan hasil dapatan yang berimpak tinggi. PPPT juga menunjukkan kecemerlangan dalam pembangunan prototaip, produk/perkhidmatan yang diaplikasi dan menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
5
Anugerah Penerbitan
Anugerah Penerbitan dianugerahkan kepada PPPT yang menunjukkankecemerlangan berkarya dalam penulisan ilmiah dan kreatif yang berimpak tinggi.Anugerah ini mengambil kira bilangan penulisan dan juga penerbitan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa serta memberi sumbangan besar kepada bidang ilmu dan pemegang taruh.
6
Anugerah Ikon Kolaborasi
Anugerah Ikon Kolaborasi dianugerahkan kepada PPPT yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam memastikan program kolaborasi aktif berimpak tinggi yang menjurus kepada perluasan kerjasama bersinergi dengan pihak industri atau agensi melalui pelbagai program yang berupaya memperluas fungsi institusi.
8
Anugerah Pensyarah Harapan
Anugerah Pensyarah Harapan dianugerahkan kepada PPPT yang berjaya mempamerkan budaya kecemerlangan yang seimbang dalam penyampaian PdP, pembangunan diri, sumbangan kepada negara, serta berpotensi menjadi ahli akademik TVET yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan.
9
​Anugerah Pensyarah Cemerlang
Anugerah Pensyarah Cemerlang dianugerahkan kepada PPPT yang berjaya mempamerkan budaya kecemerlangan yang seimbang dalam penyampaian PdP, pembangunan diri, sumbangan kepada negara, serta berpotensi menjadi ahli akademik TVET yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.